expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 15 July 2012

Sukma: Terengganu sahkan status 'Hanelang'


















Mohd Sofi an Nabil (kiri), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki (dua, kiri), Muhammad Zulhilmie Afi f Ahmad Zamri (dua, kanan) dan Muhammad Khairil Azizi Abdullah.



TERENGGANU mengakhiri perlumbaan acara berbasikal dengan mengutip kedua-dua pingat emas terakhir Kriterium Lelaki dan Wanita Akhir.


Bagi acara lelaki, pingat emas diraih pelumba Sofian Nabil Omar Mohd Bakri mengelilingi bandar Temerloh sejauh 3.4km 24 pusingan.


Perak dimenangi pelumba dari Johor, Muhammad Fakhruddin Daud dan pingat gangsa menjadi milik Hamidan Hamidon dari Selangor.


Daripada 81 perlumbaan lelaki yang menyertai acara Kriterium 14 daripada mereka gagal menghabiskan perlumbaan.


Manakala pingat emas bagi acara wanita dimenangi Zahraa Anuawar dan pingat perak juga turut sambar pelumba piMohd Adnan dari Selangor. Terengganu menguasai keseluruhan pingat acara lumba basikal yang berakhir semalam dengan memungut 19 pingat daripada 20 acara yang ditawarkan bermula 6 April lalu.


Terengganu yang menggunakan slogan “Terengganu Hanelang” (Terengganu handalan) memungut 12 pingat emas, lima perak dan dua gangsa.


Sementara itu pasukan Selangor menduduki tempat kedua keseluruhan dengan kutipan 13 pingat.


Manakala Pahang dan Sarawak mengakhiri cabaran di tempat ketiga dan keempat apabila masing-masing memungut dua pingat emas dan satu gangsa.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com