ROWE yang duduk di atas kerusi roda
meninggalkan Mahkamah Tinggi di Melbourne semalam.
SYDNEY -
Seorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki selepas ibunya mengambil
ubat thalidomide semasa hamil berjaya memenangi satu penyelesaian di Mahkamah
Tinggi di sini melibatkan ganti rugi berjumlah berjuta-juta dolar daripada
pengedar ubat itu dari Britain.
Wanita itu,
Lynette Rowe, 50, dari Melbourne mendakwa keadaan yang menimpa dirinya
disebabkan ibunya mengambil ubat thalidomide.
Thalidomide
diberikan kepada wanita hamil pada tahun 1950-an dan 1960-an sebagai rawatan
untuk sakit pada waktu pagi.
Namun, ubat
tersebut kemudian ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 kerana ia
didapati menyebabkan kecacatan pada bayi.
Ubat
tersebut menyebabkan ribuan bayi di seluruh dunia mengalami kecacatan.
Rowe membuat
tuntutan undang-undang itu terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman,
Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat tersebut
di Australia dan Diageo Scotland Ltd.
Diageo
Scotland Ltd. mempunyai aset dalam syarikat Distillers.
Peguam Rowe,
Peter Gordon menyatakan anak guamnya itu telah mencapai penyelesaian dengan
Diageo dan Distillers.
Syarikat
Grunenthal enggan mencapai penyelesaian dalam kes tersebut.
"Jumlah
penyelesaian masih rahsia tetapi saya boleh menyatakan ia mencukupi buat Rowe
untuk seumur hidupnya," kata Gordon. - Agensi
No comments:
Post a Comment