Pages

Monday, 17 September 2012

Foto bogel Harry tersebar
























HARRY dikelilingi beberapa wanita di hotel tempat dia menginap di Las Vegas.

LONDON: Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia. 

Harry menanggalkan pakaian ketika bermain permainan ‘strip billiards’ selepas dia dan rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di Vegas.

Satu foto yang diambil dengan mengguna telefon bimbit menunjukkan Harry menutup kemaluannya sambil seorang wanita bogel berdiri di belakangnya. 


Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang. 

























FOTO bogel Harry yang tersebar di Internet.


Foto kurang sopan itu dipaparkan menerusi ribuan laman web di seluruh dunia, termasuk laman web baru dicipta.

Bagaimanapun, Istana St James menghantar surat rasmi kepada akhbar Britian menggesa pengarang tidak menggunakannya dengan berkata foto itu adalah satu bentuk pencerobohan terhadap kehidupan peribadi putera terbabit. 

Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache hanya cuba ‘menenangkan tekanan’ sebelum kembali bertugas. 

Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini.

Sumber tentera berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya ‘memandang ringan’ mengenai kenakalan Harry itu.

Walaupun dia akan diberikan teguran tegas, dia tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika bercuti. 

Foto berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai tahap keselamatan putera berusia 27 tahun itu dan peranan pengawal peribadinya. 

Pegawai tidak akan mengulas mengenai foto berkenaan dan enam pengawal keselamatan yang melindunginya juga tidak akan disoal. 

Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30. 

Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City.

Ia berlaku pada malam Sabtu di bilik rakannya, di hotel Wynn yang eksklusif.

Seorang daripada rakannya mendedahkan: “Harry dan rakannya memulakan malam mereka dengan makan malam. Kemudian mereka minum arak di bar hotel sebelum bertemu dengan sekumpulan wanita dan mengundang mereka untuk berparti. - TS

No comments:

Post a Comment