HARRY dikelilingi beberapa wanita di
hotel tempat dia menginap di Las Vegas.
LONDON:
Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang
menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang
wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia.
Harry
menanggalkan pakaian ketika bermain permainan ‘strip billiards’ selepas dia dan
rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di
Vegas.
Satu foto
yang diambil dengan mengguna telefon bimbit menunjukkan Harry menutup
kemaluannya sambil seorang wanita bogel berdiri di belakangnya.
Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang.
Dalam foto lain, Harry memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat bertelanjang.
FOTO bogel Harry yang tersebar di
Internet.
Foto kurang
sopan itu dipaparkan menerusi ribuan laman web di seluruh dunia, termasuk laman
web baru dicipta.
Bagaimanapun, Istana St James menghantar surat rasmi kepada akhbar Britian
menggesa pengarang tidak menggunakannya dengan berkata foto itu adalah satu
bentuk pencerobohan terhadap kehidupan peribadi putera terbabit.
Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache
hanya cuba ‘menenangkan tekanan’ sebelum kembali bertugas.
Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini.
Sumber tentera berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya ‘memandang ringan’
mengenai kenakalan Harry itu.
Walaupun dia akan diberikan teguran tegas, dia tidak akan berdepan dengan
sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika bercuti.
Foto berkenaan mencetuskan pertikaian mengenai tahap keselamatan putera berusia
27 tahun itu dan peranan pengawal peribadinya.
Pegawai tidak akan mengulas mengenai foto berkenaan dan enam pengawal keselamatan
yang melindunginya juga tidak akan disoal.
Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas
bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga
senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30.
Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City.
Ia berlaku pada malam Sabtu di bilik rakannya, di hotel Wynn yang eksklusif.
Seorang daripada rakannya mendedahkan: “Harry dan rakannya memulakan malam
mereka dengan makan malam. Kemudian mereka minum arak di bar hotel sebelum
bertemu dengan sekumpulan wanita dan mengundang mereka untuk berparti. - TS
No comments:
Post a Comment