PENTADBIRAN Aeronautik
Dan Angkasa Lepas Kebangsaan menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan
Australia.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik
Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra
merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera
Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej
cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik
untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata
seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan
Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. – Agensi
No comments:
Post a Comment