expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 15 January 2013

Gambar Bumi pada waktu malam
























PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia. 


SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.


Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.


Bagaimanapun, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.


Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.


Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.


"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. – Agensi 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com