Pages

Friday, 25 January 2013

Makin ramai sakit gastrik





MAKANAN berlemak, pedas, berasid, berangin, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat sememangnya kegemaran Malaysia. Bak kata sesetengah orang, kalau tak pedas tak ‘kick’, malah ada yang berulam cili padi dengan menggigitnya sewaktu dimakan bersama nasi.


Memang enak makan berasaskan makanan seperti itu, apatah lagi ia sememangnya selera Asia. Namun tahukah anda, memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau refluks gastroesofagus (GERD).






MENINGKAT... penghidap GERD dan esofagitis paling ramai di kalangan penduduk China, Taiwan, Jepun dan Korea.


Masalah ini menjadikan penyakit ini kerap berlaku di Asia dan makin meningkat disebabkan perubahan diet, obesiti dan tekanan.


Menurut Gastroenterologi Ubat Dalaman, Hospital Universiti Santo Tomas, Dr Denis C Ngo, pakar perubatan kini melihat peningkatan bilangan kes keadaan gangguan gastrousus (GI) teruk dan kronik seperti GERD, ulser peptik dan pedih hulu hati.


Di Filipina, kelaziman esofagitis menghakis (radang esofagus disebabkan GERD) meningkat daripada 2.9 peratus kepada 6.3 peratus dalam tempoh enam tahun.


“Di Malaysia, penyakit ini meningkat dua peratus kepada 8.4 peratus dalam tempoh 10 tahun manakala kajian trend semasa menunjukkan kadar esofagitis di Taiwan meningkat lebih dua kali ganda iaitu lima peratus kepada 12.6 peratus dalam tempoh tujuh tahun.


“Kelaziman gejala ini disebabkan GERD di Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) meningkat daripada 5.2 peratus pada 2005 kepada 8.5 peratus pada 2010.






HIDUP TERGANGGU... pesakit kerap kurang selesa dan tidak lena tidur.

“Selain pedih hulu hati, pesakit GERD dan GI mengalami kesukaran menelan (disfagia), kekurangan tenaga, gangguan tidur dan kualiti hidup lebih rendah berbanding keadaan penyakit kronik lain seperti kencing manis, artritis atau kegagalan jantung kongestif,” katanya pada sidang media mengenai gastrousus rantau Asia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Kelaziman pesakit GERD lebih tinggi di Asia. Keadaan ini membimbangkan sehingga pesakit bukan hanya memerlukan kelegaan cepat bagi keadaan GI, malah rawatan berkekalan menggunakan perencat pam proton (PPI) dalam jangka panjang.


PPI disahkan sebagai rawatan asas kawalan dan pengurusan GI berkaitan asid kronik. Ia merencatkan enzim (susu protein dalam sel perut yang menghasilkan asid) bagi merembeskan asid.


Profesor Emeritus David A Peura dari Pusat Pengajian Perubatan Universiti Virginia, Amerika Syarikat, pula berkata, peningkatan kelaziman keadaan GI kronik berlaku di Asia diiringi kebimbangan kesan jangka panjang penggunaan PPI.


“Memandangkan ramai pesakit mengambil kedua-dua PPI dan clopidogrel, penting untuk memahami jika interaksi negatif antara kedua-duanya adalah ‘class effect’ dan sama ada wujud pilihan optimum bagi pesakit perlu mengambil kedua-duanya untuk merawat penyakit mereka.


“Kajian menunjukkan tidak semua PPI merencat keberkesanan clopidogrel pada tahap sama. Penemuan ini mempunyai implikasi mendalam berkenaan bagaimana doktor boleh memilih PPI lebih selamat,” katanya.


Hasil data keselamatan yang dikeluarkan doktor dan pesakit mempunyai lebih jaminan bahawa terapi PPI selamat digunakan untuk rawatan jangka masa panjang bagi GERD dan keadaan gastrousus teruk.


Makanan dan minuman yang perlu dielak jika anda menghidap GERD


Arak

Minuman berkafein

Minuman berkarbonat

Coklat

Buah-buahan sitrus

Perasa pudina

Makanan lemak atau bergoreng

Makanan pedas, terutama berperisa bawang putih dan bawang merah

Makanan berasaskan tomato seperti piza atau sos spageti atau cili





BANYAK TOMATO... piza baru dimasak memang menyelerakan tetapi patut dielak jika anda mengalami simptom pedih hulu hati.


Rawatan


Kebanyakan individu boleh mengawal rasa kurang selesa pedih hulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat tanpa ubat-ubatan dan preskripsi doktor. Namun, jika semakin teruk, ubat-ubatan itu mungkin hanya membantu mereka buat sementara waktu. Jika mengalami GERD, anda mungkin memerlukan ubat-ubatan lain bagi menghilangkan gejala.


Jika pedih hulu hati semakin teruk, anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan, selain paling utama, berhenti merokok


INFO

Simptom GERD


Muntah asid (asid regurgitation)

Terasa keasidan dalam perut

Pedih hulu hati

Sakit dada yang terasa sama dengan sakit dada disebabkan sakit jantung

Ketidakhadaman makanan (dyspepsia)

Terasa pahit atau masam pada mulut

Kerap sendawa

Kesukaran menelan makanan atau tercekik

6 comments:

  1. tentang pizza baru tau..tq info ini..
    coklat tu suka sangat makan..kena kurangkan selepas ini nanti

    ReplyDelete
  2. a ah..makan berpada2 je..pizza pon sama jugak:-)

    ReplyDelete
  3. ooh..coklat pun faktor punca dia eh...
    pasni kena kurangkan makan coklat la..

    ReplyDelete
  4. Insyallah sy akan berkongsi dan sedia membantu pada mereka dan sesiapa saja yg mengidap penyakit ini...sila sms saya di 0105770010 ..insyallah hanya dgn izin Allah...

    ReplyDelete
  5. Salam...saya ckg lan..disini saya ingin share info bermanfaat ttg penawar gastrik yg telah menyembuhkan penyakit gastrik saya 2 thn lps...saya telah diperkenalkan olh seorg doktor homopati ttg satu produk kluaran forever living iaitu berasaskan aloevera satu2nya produk mencuci usus kita scr lembut dan berkesan...serta meyahtoksin dlm badan yg mnjadi punca penyakit...kenapa usus kita perlu dicuci?? Krn nabi pernah bersabda bahawa setiap penyakit berpunca drp perut...bila usus bersih mka penyakit lain dpt diatasi...bersyukur sgt dah berjumpa dgn penawar yg sgt berkesan..sesiapa yg berminat ttg info produk blh whatapp kpd saya ditalian 0148111556, inshaalah saya akn cuba bantu
    ReplyDelete

    ReplyDelete