Pages

Friday, 18 January 2013

Nahas kereta kembar seiras



















JAKE dan Sam saling menuding jari selepas terbabit nahas.


LONDON: Sepasang kembar seiras Jake dan Sam Stevens semalam terbabit dalam kemalangan kereta mereka merempuh sesama sendiri.


Nahas itu berlaku di simpang kira-kira sebatu dari kediaman ibu bapa mereka ketika Jake dalam perjalanan pulang manakala Sam hendak pergi ke perlawanan bola sepak.


Kembar berkenaan yang berusia 18 tahun dengan berang keluar dari kereta masing-masing dan terkejut apabila mereka bersemuka.


Jake berkata: “Saya berang dan bersedia untuk menendang pemandu itu.


“Kemudian saya lihat Sam meluru ke arah saya. Saya bagaikan tidak percaya yang dia adalah kembar saya sendiri,” katanya.


Kedua-dua kembar itu menuduh antara satu sama lain sebagai punca kemalangan di Gosport, Hant itu. Sam berkata: “Saya mendekati simpang pada kelajuan tiga atau empat batu sejam ketika dia turut sampai di situ dalam keadaan laju dan berada di seberang jalan,” katanya.


Namun, Jake menegaskan: Tidak diragukan lagi, Sam yang patut dipersalahkan. Saya pemandu yang lebih baik,” katanya. Kemalangan itu menyebabkan kerosakan bernilai 3,000 pound (RM15,000) kepada kereta Renault Clio milik Jake dan Corsa kepunyaan Sam. - DM

No comments:

Post a Comment