Pages

Friday, 25 January 2013

Seperti 20 tahun lalu





KREATIF... empat beradik menghidupkan semula imej asal mereka yang dirakam antara 1986 dan 1990. Gambar kecil, foto lama.


Seorang jurugambar Finland sanggup berhabisan wang dan masa untuk mencipta semula imej yang pernah dirakam bapanya ketika mereka bercuti 20 tahun lalu.


Wilma Hurskainen mengumpulkan tiga adiknya untuk mengunjungi beberapa destinasi yang pernah dikunjungi bersama ibu bapa mereka bagi merakamkan gambar seperti pernah dilakukan sebelum ini.


Cuma, kali ini Wilma sendiri yang menjadi ‘pengarah’ dan merakam gambar berkenaan.






Empat beradik itu mencuba sebaik mungkin meniru imej asal mereka yang dirakam antara 1986 dan 1990.


Selain menggunakan lokasi sama, mereka memastikan setiap gaya dan ekspresi wajah menepati imej asal dirakam dulu.


Bagi memastikan gambar itu benar-benar menyamai gambar terdahulu, adik-beradik Wilma juga memakai pakaian berwarna dan stail sama.


Dalam gambar siri berjudul Growth itu, Wilma cuba sedaya upaya mengabadikan detik itu sehampir mungkin dengan karya bapanya bagi menggambarkan pertumbuhan fizikal mereka adik-beradik selama 20 tahun.


Gambar mereka memakai pakaian pelaut, misalnya, mungkin tinggal kenangan.
Bagaimanapun, adik-beradik Wilma cuba sebaik mungkin melakonkan semula detik kanak-kanak mereka.





Nampaknya cubaan itu agak berjaya, kecuali keadaan fizikal mereka yang semakin besar - malah lebih tinggi berbanding ibu mereka.


Satu lagi gambar yang mengagumkan dirakam ketika adik-beradik Wilma bergaya di atas sofa.


Namun, gambar itu mustahil dapat dijadikan sama kerana datuk mereka tiada lagi selepas meninggal dunia beberapa tahun lalu.


Di laman sesawangnya, Wilma berkata, dia bercadang mengumpulkan semua adiknya untuk membuat set gambar baru apabila mereka semakin tua.


“Yang paling penting, pada akhirnya kami adik-beradik gembira dengan apa yang ada,” katanya.


Menurut Wilma, selain masalah lokasi sebenar, kadangkala dia sukar mendapatkan pakaian sesuai dan emosi sama seperti pernah dirakam bapa mereka dulu.


“Ia memang sukar kerana kami terpaksa mengimbau masa silam,” katanya.




No comments:

Post a Comment