Pages

Thursday, 28 February 2013

Lawak : Teknologi Malaysia Zaman Dahulu



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.


Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.


Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke dua-dua tukang naik ke atas lagi)


Menteri Malaysia : Apa kamu jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Tak ada Datuk…


Menteri Malaysia : (Sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!


p/s:LOL…;-)

32 comments:

  1. kihkihkih.. semua nak tunjuk hebat.

    ReplyDelete
  2. hihihiihih...canggih lagi kitakan?

    ReplyDelete
  3. menariiik artikelnya salam kenal yaaa ;D

    ReplyDelete
  4. hahahhahha...
    siap kerek lagi...

    ReplyDelete
  5. hahahaha kocak sekali nie cerita, sangat menghibur.
    terimakasih dan salam kenal, semoga sukses selalu untuk anda.

    ReplyDelete
  6. dari atas serius sy bace..part bawah..memang bantai gelak..kelakar,,

    ReplyDelete
  7. hahahahaha... pndaii ye menteri Malaysia cover line~

    ReplyDelete
  8. haha hebat tul malaysia...dari dulu lg dah ada wireless...:P

    ReplyDelete
  9. hahahaha kelakar serius kelakr

    ReplyDelete
  10. ahaha..terhibur di awal pagi ni..
    siap menteri tu suruh korek lagi ye..hehe

    ReplyDelete
  11. terbaik.. senyum je duk depan pc ni

    ReplyDelete
  12. hahahahaha..menjeling kerek tak tahan tu..

    ReplyDelete
  13. Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia.. hihi..

    ReplyDelete
  14. memang patut bangga..hehe..:-)

    ReplyDelete