Pages

Tuesday, 5 March 2013

Cara-Cara Berkomunikasi Dengan Efektif Semasa Berucap atau Membuat Perbentangan




1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA
 

Anda perlu tentukan bila perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting. 


Sekiranya perlu diulang, maka ulanglah supaya penonton dapat mencerap maklumat itu. 


Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang. 


Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekali gus dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan. Jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas saja. Semput anda nanti! 


2. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN 


Sebaiknya anda merakamkan suara semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman itu, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. 


Kaedah ini dapat menilai kualiti suara dan ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik. 


Kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. 


Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Di sini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda. 


3. HINDARI ‘NONVOCALIZED PAUSES’ 


Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses (seperti “umm”, “uhh” dan lain-lain). 


4. JADILAH DIRI ANDA 


Bercakap ikut keselesaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Tumpukan mesej ingin disampaikan. 


5. BERHENTI SEKETIKA 


Jangan terus-terusan ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti ‘hadirin sekalian’ dan sebagainya untuk ‘rehat’ dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan penonton lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda. 


6. KAWAL NADA SUARA ANDA
 

Bayangkan suara anda seolah-olah sistem ‘amplifier’ yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendah. 


Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara terbaik. 


Kuatkan suara anda pada fakta penting, rendahkan suara pada perkara sedih atau memerlukan penghayatan. Seorang pemidato selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim.



28 comments:

  1. nice sharing.. boleh jadikan panduan..

    ReplyDelete
  2. akak memang failjer bab membentangni ... selalu lari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe cuba..cuba dulu buat baru tau nak bentang cam ne..lama2 dah biasa jadi nya...

      Delete
  3. Komunikasi mmg sgt penting utk membentuk keperibadian diri sama ada dlm kerjaya, kehidupan & bermasyarakat. Sgt baik utk dijadikan panduan.. T kasih kerana sharing.:-)

    ReplyDelete
  4. hihi yg paling penting kawal neves, kalo neves mlampau, out smuaa :D

    ReplyDelete
  5. Kelemahan saya selalu cakap laju..hehehe
    Saya kerap ditegur cakap laju..tapi kerap terlupa..

    ReplyDelete
  6. selalu kalau buat presentation mmg cakap laju je nak cepat abis sebab nervous. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu masalah utama bila buat presentation..semua orang alami macam nie..huhu

      Delete
  7. tips2 yg berguna ni...:) tips nak hilangkang neves sebenarnya senang je...lukis perkataan org kat tapak tangan dan makan...<--- kalau drama jepun la suka wat camni...:P gurau2...

    ReplyDelete
  8. info yang bagus...tq

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  9. nice piece of info...ha tapi bab kawal kelajuan tu selalunya akak mengalami masalah di situ...ekekekeke...

    ReplyDelete
  10. err, bab kurangkan laju yang susah nak elakkan tu.. dulu masa sekolah cikgu suruh baca kuat2, bila iha baca dia pandang dinding sambil cakap "kita ni kalau nak baca, jangan laju sangat macam keretapi ye.." dush! sedas sindiran terkena di muka.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang baca laju sebab nak cepat sudah..hehe..:-)

      Delete
  11. kadang2 dh siap skrip bagai, boleh lupe bila kena present..lain yang diprepare, lain yg keluar dari mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul jugak tu cheq kaq..ramai yg jadi cam nie..:-)

      Delete
  12. info yang bagus....sakarang cara komunikasi banyak bercampur dgn bahasa bombastik ( Bahasa pasar )

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tp kena tengok keadaan jugak..ramai yg guna bahasa camtu utk lebih dekat dengar pendengar atau audien..cara macam nie utk mengelakkan dr rasa cepat bosan semua pendengar

      Delete
  13. Cikgu : Alahai perlahan nye suara....
    . : Tarik nafas ,10 saat and then sambung cakap...
    Cikgu : Sama je...perlahan jugak
    . : *Rasa nak nangis* putus asa dahh
    Cikgu : Ok,stop...orang lain pulak
    . : *stress belajar ngan cikgu tuu*😢

    ReplyDelete
  14. Cikgu : Alahai perlahan nye suara....
    . : Tarik nafas ,10 saat and then sambung cakap...
    Cikgu : Sama je...perlahan jugak
    . : *Rasa nak nangis* putus asa dahh
    Cikgu : Ok,stop...orang lain pulak
    . : *stress belajar ngan cikgu tuu*😢

    ReplyDelete