Pages

Tuesday, 5 March 2013

Perlu Tahu Zat Kalori Makanan Anda



Burger daging


Mengandungi 4 gram lemak tulen, ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12 sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.








Ayam goreng


Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh daripada lemak), banyak garam, MSG dan pewarna kimia. Ia membekalkan protein dan vitamin B6.








Kentang goreng


Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C, tetapi ‘fries’ terlalu banyak lemak dan garam warna keemasannya adalah tiruan.








Susu kocak


Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu mengandungi protein, kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas sederhana.








Minuman berasaskan kola


Mengandungi 14 sudu teh gula dalam cawan besar, pewarna kimia dan kafein.







Garam


Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.









Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna.


Tapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh mengenai kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah ‘aditif’ makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan.








Serat


Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang memainkan peranan penting di dalam perut. 


Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, mengurangkan kolesterol dalam darah, mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera banyak diproses dan tidak mengandungi serat.








Vitamin dan zat galian


Jangan terpedaya dengan dakwaan vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. 


Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

15 comments:

  1. semua sedap di tekak.. tp derita menanti. ek huu ~

    ReplyDelete
  2. selalu memang telan je. huhu.. mana rajin nak kira2. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..sama la..dah lah sedap..tak ambil kira yg lain..terus telan..:-)

      Delete
  3. itulah..org melayu kan.sbb tu malaysia ramai org obese..contohi budaya org jepun. mkn separa mentah dan mostly seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya orang yg makan makanan separa mentah nie mulut dia berbau..sama juga dgn orang jepun..huhu

      Delete
  4. hehe mmg takleh makan selalu makanan segera ni....

    ReplyDelete
  5. makanan kat atas nampak sedap2, tapi akibat dia pun sedap jugak nanti, hehe..

    ReplyDelete
  6. betol tu betol..sokong sngat..

    ReplyDelete
  7. Makan kena ikut keperluan kalori harian =)
    Rajin2kan bersenam .
    JOM PROTEIN SOYAt

    ReplyDelete