expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 27 May 2012

Kuasa seorang wanita




Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.


Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan. Contonya:-

  •       Napoleon Bonarparte dan Josephine.
  •   Anthony dan Cleopatra
  •    Hitler dan Matahari
  • Samson dan Delila
  • Abu Lahab dan Hendon

Bebrapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga Berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:


  • Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
  • Nabi Ayub dan Siti Rahman
  • Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar
  • dan banyak lagi contoh orang-orang muslim yang lain

Kuasa kejelitaan perempunan 


Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


Kuasa layanan perempuan


Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.


Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


Kuasa doa perempuan


Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

“ Doa ibu itu lebih cepat makbul.”

Orang bertanya: “ Kenapa ya Rasulullah?.”

Jawab baginda: “ Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


Kuasa taqwa perempuan


Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi Nya melainkan dipelihara serta sentiasa di rahmati Nya.


Kuasa taqwa lebih mudah diperoleh oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan  budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang emndatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.


Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya dating dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.


Kemuliaan perempuan akan lebih nyata jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w:


“ Perempuan  yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan: semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya ( serta menjaga solat dan puasanya).”

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com