Gerhana bulan separa - Foto Bernama
SEMPORNA -
Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam
di Pulau Mabul di sini malam ini.
Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam.
Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu ini bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengah hari, lapor Bernama.
Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.
Sementara
itu, wartawan Sinar Harian Online, Nurul Aini Mohamed Ali memetik
Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad
antara lain berkata, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena itu
ketika matahari mula terbit.
"Planet
Zuhrah juga dikenali sebagai 'Kejora' hanya boleh dilihat melintasi matahari
100 tahun akan datang, jadi orang ramai perlu mengambil peluang ini bagi
menyaksikan keajaiban alam ini," katanya.
Tambah
beliau, sebanyak lima teleskop akan disediakan pada hari itu bagi memberi
peluang orang ramai menyaksikan fenomena tersebut.
Beliau
ditemui pada sidang media sempena fenomen gerhana bulan separa yang berlaku
bermula jam 7.18 dan berakhir jam 9.18 malam tadi.
Rakyat
Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa apabila bulan terbit dan
dapat disaksikan sehingga 8.07 malam apabila bulan keluar sepenuhnya dari umbra
Bumi.
"Penduduk
di Asia Timur, Utara Amerika Barat, England dan Timur Kanada turut berpeluang
menyaksikan fenomena ini," ujar beliau.
Angkasa
menganjurkan program ini bagi menanam minat dalam bidang sains angkasa kepada
orang ramai pelajar sekolah khusunya.
"Fenomena
yang sama hanya boleh disaksikan 26 April tahun depan," katanya.
Salah
seorang pengunjung, Linda Osman berkata, program ini memberi inspirasi
kepada kanak-kanak bagi menyelami keajaiban alam dan memberi mereka maklumat
secara terperinci mengenai fenomena gerhana bulan separa.
Bagi pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nurul Jannah Azmi, beliau didedahkan
dengan pengetahuan ini secara praktikal kerana dapat menyaksikan gerhana secara
langsung.
"Sesuai
dengan jurusan fizik yang saya ambil, program ini sekali gus dapat menambah
pengetahuan saya. Fenomena ini juga jarang berlaku dan saya tidak mahu
melepaskan peluang pada malam ini," katanya.
No comments:
Post a Comment