GERHANA bulan separa di langit
Ishinomaki, Jepun semalam.
SYDNEY – Fenomena gerhana bulan separa pertama pada tahun ini
dapat dilihat oleh kebanyakan orang di sebahagian kawasan di Asia.
Di Australia dan timur Jepun, fenomena itu dapat dilihat
apabila bumi bergerak antara bulan dan matahari sehingga meninggalkan satu
bayang-bayang kelabu.
“Ia kelihatan agak ganjil kerana keadaannya tidak seperti
bulan sabit normal. Ia seperti satu gigitan yang dikeluarkan daripada bulan,”
kata Jonti Horner dari Jabatan Astrofizik, Universiti New South Wales, Sydney.
Sementara itu, beratus-ratus orang yang membanjiri
Planetarium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan fenomena itu kecewa kerana
ruang angkasa dilitupi awan.
Namun, orang ramai di Jakarta bertuah kerana cuaca ketika itu
begitu baik dan memberi peluang mereka melihat fenomena tersebut selama 90
minit.
“Ia merupakan sesuatu yang amat menarik kerana anda tidak
akan melihat gerhana seperti ini pada setiap tahun,” kata seorang anggota
sebuah kelab astronomi, Ichshan Ramadan.
– AFP
No comments:
Post a Comment