BOJAN HODAK
|
BERDASARKAN reputasi semasa, skuad The Red Warriors
dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjinakkan pasukan di tangga tercorot,
Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam
ini.
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaat untuk
meraih tiga mata penuh bagi mencerahkan harapan mempertahankan kejuaraan liga
yang dimenangi pada musim lalu.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, Bojan Hodak enggan
memikirkan kelebi han tersebut tetapi mahu para pemainnya fokus dan meraih tiga
mata penuh pada pertemuan malam ini.
Tanpa berselindung, Hodak mengakui yang pertemuan ini
bukanlah tugas mudah buat barisan pemainnya, kerana Kuala Lumpur pernah
mengikat pasukan di tangga teratas liga, Lions XII pada perlawanan sebelum ini
termasuk seri dengan PKNS pada Sabtu lalu.
"Mereka pasukan hebat dan memiliki ramai pemain muda
berbakat serta mengamalkan rentak permainan yang laju. Ini pasti memberikan
sedikit masalah buat kita.
"Begitupun Kelantan tidak akan memberikan laluan mudah
buat mereka. Jadi, saya menuntut semua pemain memberikan komitmen sepenuhnya
pada perla- wanan ini dan memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan,"
katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan lain, pengendali kelahiran Croatia itu
memberitahu, Kelantan bakal kehilangan seorang lagi tonggak pertahanan kental
Farisham Ismail yang dilaporkan mengalami kecederaan ACL ketika aksi
persahabatan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 8 Jun lalu.
"Dia (Farisham) terpaksa berehat sehingga akhir musim.
Bagaimanapun, saya masih mempunyai beberapa pemain yang mampu menampung
kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain ini.
"Begitu juga dengan Nweneri Obinna yang masih cedera dan
sedang menerima rawatan di Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ujian MRI yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa
kecederaan serius yang dialami Obinna," tegasnya.
No comments:
Post a Comment