Nik Wallenda berjalan di atas tali
menyeberangi Jeram Niagara dari sebelah Amerika Syarikat kelmarin.
JERAM NIAGARA, Kanada - Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi orang pertama
berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang memisahkan Amerika
Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.
"Saya sungguh gembira," katanya kepada wartawan
selepas menamatkan aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang
berkumpul di kedua-dua belah sempadan berkenaan.
Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel
tergantung setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui
sebelum ini.
Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun
terbesar di rantau Amerika Utara itu.
Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC,
percubaan Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.
Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak
ngeri terkenal, Flying Wallendas. - Agensi
No comments:
Post a Comment