WON-SOON (tengah) bergambar dengan
beberapa model yang memakai seluar pendek dalam satu pertunjukan fesyen bagi
mempromosikan kempen menjimatkan kos elektrik di Seoul semalam.
SEOUL, Korea Selatan - Kakitangan-kakitangan Dewan Bandar
Raya Seoul disarankan memakai seluar pendek ke pejabat bagi menyesuaikan diri
dengan cuaca panas dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pada musim panas.
Kempen tersebut dirasmikan oleh Datuk Bandar Seoul, Park
Won-Soon semalam yang turut memakai seluar pendek.
Dilaksanakan di Korea Selatan sejak empat tahun lalu,
inisiatif itu bertujuan untuk menjimatkan kos elektrik ekoran penggunaan
penyaman udara.
Menerusi kempen tersebut, suhu di dalam bangunan pentadbiran
tidak boleh melebihi 28 darjah Celsius. - Agensi
No comments:
Post a Comment