Magnotta
BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar ‘Orang Gila
Kanada’ kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah
mahkamah di sini semalam.
Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia
tidak akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada.
“Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan
penangkapan tersebut,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di sini,
Martin Steltner.
“Suspek kemudian memberitahu dia tidak akan mencabar proses
ekstradisinya,” tambah jurucakap berkenaan.
Menurut Steltner, Magnotta, 29, yang ditangkap di sebuah kafe
Internet di ibu kota Jerman di sini kelmarin, akan dipindahkan dari lokap polis
ke sebuah penjara.
“Proses mengekstradisi Magnotta kini lebih mudah dan cepat
kerana dia bersetuju untuk tidak mencabarnya,” ujar Steltner.
“Namun, dia boleh menukar fikiran,” tambahnya.
Pihak berkuasa Canada percaya Magnotta membunuh seorang
pelajar China dengan menggunakan pencungkil ais dan mengerat mayat mangsa
sambil merakam perbuatan kejam tersebut.
Laporan awal menyebut, mangsa, Lin Jun yang berusia 33 tahun
ialah kekasih Magnotta.
Kes tersebut terbongkar selepas beberapa bahagian badan
mangsa dihantar melalui perkhidmatan mel ke beberapa pejabat parti politik di
Ottawa. - AFP
No comments:
Post a Comment