HIROSE (kanan) duduk di sebelah
seorang penyelidik yang melihat biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar
menerusi gogal yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.
TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya
mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.
Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati
sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.
Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut
kecil tersebut kepada komputer.
Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang
kecil itu.
Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan
didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.
Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka
kelihatan 50 peratus lebih besar.
Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka
Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk
memperdayakan minda manusia.
Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan
untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment