SEEKOR buaya yang
membaham lengan Langdale ditarik dari permukaan sungai selepas ia dibunuh oleh
pekerja-pekerja Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida dan
pakar pengesan haiwan itu pada Isnin lalu.
MOORE HAVEN, Amerika Syarikat - Seekor buaya sepanjang
sekurang-kurangnya tiga meter menerpa dan menggigit hingga putus lengan kanan
seorang remaja ketika dia berenang di sungai Caloosahatchee dekat sini, kata
beberapa pegawai hidupan liar negeri Florida kelmarin.
Mangsa yang berusia 17 tahun, Kaleb Langdale terselamat dalam
serangan tersebut yang berlaku pada Isnin lalu.
Haiwan ganas itu kemudian dibunuh beberapa pekerja
Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) dan pakar pengesan
buaya tersebut.
Pekerja-pekerja itu turut berjaya mendapatkan semula lengan
mangsa tetapi doktor-doktor gagal menyambung kembali organ tersebut.
"Kami dapat membunuh buaya itu dan membelah perut haiwan
tersebut, mendapatkan semula lengan mangsa dan membawanya ke hospital agar ia
dapat disambung semula," kata jurucakap FWC, Jorge Pino.
Menurutnya, remaja berkenaan berada dalam keadaan baik dan
kini dirawat di sebuah hospital di sini.
Seorang rakan remaja itu, Gary Beck berkata, Langdale muncul
di permukaan air selepas dibaham dengan menyatakan lengannya telah hilang dan
meminta pihak paramedik dihubungi.
Buaya bertindak lebih ganas kerana musim mengawan.- Agensi
No comments:
Post a Comment