WASHINGTON
11 Julai - Kebimbangan mengenai kaitan antara kemurungan dengan jumlah masa
yang diluangkan untuk melayari Facebook atau laman media sosial lain
kemungkinan tidak berasas, menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), minggu
ini.
Kajian oleh
Universiti Wisconsin itu mendapati, tidak ada asas yang menyokong teori Akademi
Paediatric Amerika pada tahun lalu yang menyatakan pendedahan kepada Facebook
boleh menyebabkan kemurungan di kalangan remaja.
"Kajian
kami adalah yang pertama mendedahkan bukti saintifik mengenai kaitan antara
penggunaan media sosial dan risiko kemurungan.
"Penemuan
ini memberi kesan penting kepada pakar perubatan yang sebelum ini mungkin
mengingatkan orang ramai tentang penggunaan media sosial dan risiko
kemurungan," kata penyelidik di Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin,
Lauren Jelenchick.
Kajian
Jelenchick dan Profesor Megan Moreno itu melibatkan 190 pelajar di universiti
tersebut yang berumur antara 18 hingga 23 tahun.
Kumpulan
pelajar itu diarah menggunakan separuh daripada masa mereka melayari Internet
untuk bermain Facebook.
Hasilnya
mereka mendapati tidak ada kaitan penting antara penggunaan media sosial dengan
kemungkinan menghadapi kemurungan.
Keputusan
itu disiarkan di Journal of Adolescent Health, semalam.
"Penemuan
kami sama dengan hasil kajian yang dibuat ke atas aplikasi komunikasi lain
seperti e-mel dan laman sembang yang turut mendapati tidak ada hubungan dengan
risiko kemurungan," tulis penyelidik itu. - AFP
No comments:
Post a Comment