KILANG VDL di Born, Belanda.
TOKYO -
Syarikat gergasi kereta dari Jepun, Mitsubishi Motors semalam mengumumkan
sebuah kilang pembuatan kereta miliknya Born akan dijual kepada sebuah kumpulan
perindustrian Belanda, VDL Groep dengan harga satu euro (RM3.9).
Syarikat itu
dijual selepas VDL yang mengeluarkan bas dan produk industri berjanji akan
mengekalkan 1,500 pekerja di kilang tersebut.
Pengumuman
itu dibuat selepas VDL mengesahkan pihaknya dalam perbincangan dengan syarikat
BMW dari Jerman untuk mengeluarkan kereta mini di kilang tersebut yang terletak
180 kilometer ke tenggara Amsterdam, Belanda.
Pada awal
tahun ini, Mitsubishi mengumumkan rancangan untuk menamatkan pengeluaran di
kilang tersebut menjelang akhir tahun.
Pihak
Mitsubishi berkata, ia menjangkakan kerugian sebanyak AS$353 juta (RM1.12
bilion) dalam laporan kewangan Mac 2013.
Sebelum ini,
para pekerja di kilang tersebut mengadakan mogok selama sehari bagi meminta
Mitsubishi bekerjasama dengan kerajaan Belanda untuk mencari pembeli baharu. -
Agensi
No comments:
Post a Comment