SATU fosil ikan paus
gergasi yang terdapat di gurun Ocucaje, Peru pada Rabu lalu.
LIMA, Peru - Sekumpulan ahli geologi berusaha sejak empat
tahun lalu untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje
310 kilometer dari sini.
Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan
menggunakan berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya
daripada retak.
Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya
terhakis akibat tiupan angin.
Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi
Perlombongan dan Kaji Logam (Ingement), kawasan 'perkuburan ikan paus itu'
menjadi gurun ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua
kehidupan laut.
Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.
Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi
yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.
- AFP
No comments:
Post a Comment