Barack Obama berbual dengan pekerja
restoran Ann’s Place pagi semalam. Pemiliknya, Josephine Harris (gambar kecil)
meninggal dunia tiga jam kemudian. – Foto ihsan Obama Foodoram
AKRON -
Seorang pemilik restoran yang melayan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack
Obama yang bersarapan pagi ketika mengadakan jelajah kempen di sini semalam,
meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Josephine
Harris, 70, pemilik restoran Ann's Place, dibawa ke hospital selepas mengadu
letih dan rasa gelenyar.
Dia disahkan
meninggal dunia kira-kira 11.18 pagi waktu tempatan (11 malam tadi waktu
Malaysia).
Obama
bersarapan pagi di restoran itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Pegawai
pemeriksaan perubatan Summit County berkata, Harris meninggal dunia disebabkan
punca semula jadi dan oleh itu bedah siasat tidak akan diadakan.
Difahamkan
serangan jantung membawa kepada kematian warga emas itu.
Dalam
kenyataan media, Setiausaha Akhbar White House, Jay Carney berkata, Obama
menghubungi anak perempuannya dari Air Force One untuk menyampaikan takziah
kepada mendiang.
Akron Beacon
Journal melaporkan bahawa Harris memeluk Obama apabila dia bertemu dengan
Presiden AS di restorannya.
"Saya
pasti beliau terharu," kata Frankie Adkins, kakaknya kepada Akron Beacon
Journal.
"Dia
sayang Obama," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment