GAMBAR pada 5 Julai 2012 menunjukkan
dua pasang kekasih sedang berdua-duan di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.
RABAT,
Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka
membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara
Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.
Tindakan itu
dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar
el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi
yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.
Beliau
membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen
televisyen pada minggu lepas.
Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau
tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan
seks suka sama suka. – Agensi
No comments:
Post a Comment