Polonium-210 dipercayai membunuh
Arafat lapan tahun lalu.
LONDON -
Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai
telah diracun menggunakan bahan radioaktif Polonium berdasarkan kajian makmal dilakukan
di Switzerland.
Racun itu juga pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia yang membelot Kremlin, Alexander Litvinenko pada 2006, selepas perisik itu meminum air teh yang dicampur dengan bahan radioaktif tersebut di sebuah hotel di London.
Namun bagaimanakah ia berfungsi untuk membunuh? Menurut Agensi Perlindungan Kesihatan Britain, Polonium-210 adalah sejenis serbuk perak berada dalam kerak bumi dihasilkan melalui reaktor nuklear.
Racun itu boleh membunuh dalam dos yang sangat kecil iaitu kurang dari satu gram dan membunuh secara senyap untuk beberapa bulan.
Mangsa keracunan akan mengalami kegagalan organ hati, buah pinggang, tulang belakang, keguguran rambut dan tekak membengkak serta berwajah pucat.
Pakar Radiasi Britain, John Croft berkata, kebiasaannya racun itu diletakkan di dalam makanan, minuman, luka atau melalui sedutan.
Dalam kes kematian Arafat, Pakar Sains Radiologi Kolej Universiti London, Derek Hill melaporkan, selepas lapan tahun kematian pemimpin itu, racun Polonium itu telah hancur, namun melalui kaedah autopsi ia dapat dikenal pasti, biarpun kandungan radiasinya berkurangan.
No comments:
Post a Comment