GAMBAR pada 4 Julai
2010 menunjukkan seekor jerung putih besar menerkam umpan anjing laut tiruan
dekat Teluk False Afrika Selatan.
BOSTON - Sekurang-kurangnya dua ekor jerung putih dilihat
tidak jauh dari kawasan penggambaran filem ikan pemangsa berkenaan, Jaws,
di perairan bandar Chatham, Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Berita tersebut menyebabkan seorang pegawai mengeluarkan
amaran waspada kepada orang ramai di samping mendorong ramai pelancong berkunjung
ke lokasi berkenaan untuk melihat ikan ganas itu.
Perkembangan tersebut turut mendorong pihak pentadbiran
bandar Chatham melarang pengunjung berenang dalam lingkungan 100 meter daripada
anjing laut.
Haiwan tersebut merupakan makanan kegemaran jerung putih.
Bandar Chatham terletak di pusat peranginan Teluk Cod.
"Pada masa ini, kami tidak akan menutup keseluruhan
kawasan pantai kepada orang ramai tetapi kami menasihatkan mereka supaya tidak
leka ketika berada di laut dan tidak berenang terlalu jauh dari pantai,"
kata pegawai tempatan, Stuart Smith.
Sebelum ini, sebuah kumpulan penyelidikan jerung tempatan,
Cape Cod Shark Hunters memberitahu, pihaknya melihat dua jerung putih di pantai
itu pada 3 Julai lalu.
Beberapa gambar yang diperoleh menunjukkan seekor jerung
berkenaan memiliki panjang lebih lima meter. - AFP
No comments:
Post a Comment