Paxil, salah satu daripada tiga jenis
ubat keluaran GlaxoSmithKline, yang menjadi tumpuan kes.
NEW YORK -
GlaxoSmithKline didenda kira-kira RM9 bilion (AS$3 bilion) oleh Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam kerana gagal melaporkan maklumat
keselamatan tiga jenis ubat yang sangat popular keluaran syarikat itu.
Daripada
AS$3 bilion itu, AS$1 bilion adalah bagi penyelesaian kesalahan jenayah
manakala AS$2 bilion lagi sebagai liabiliti sivil - jumlah terbesar dibayar
oleh mana-mana syarikat pengeluar ubat di AS.
Laporan
media menyebut GlaxoSmithKline akan membuat pengakuan bersalah atas tuduhan
memperkenalkan ubat yang tersilap jenama iaitu Paxil, Wellbutrin dan Avandia
dalam pasaran antara negeri di AS.
Menurut
pihak berkuasa, ubat-ubat itu dipasarkan sebagai bahan rawatan bagi keadaan
yang tidak mendapat kelulusan kerajaan.
Timbalan
Penguam Negara AS, James Cole dipetik berkata penyelesaian itu sesuatu yang
luar biasa “dari segi skop dan saiz.”
Pengeluar
ubat-ubatan terbesar itu mengaku mempromosikan Paxil dan Wellbutrin bagi
kegunaan-kegunaan yang tidak diluluskan termasuk bagi rawatan ke atas
kanak-kanak dan orang dewasa.
Selain itu,
syarikat tersebut juga mengaku bersalah berhubung tuduhan menyembunyikan
butiran data keselamatan dan membuat dakwaan-dakwaan tidak berasas berkenaan
ubat diabetes Avandia.
Malah,
syarikat itu juga didakwa membuat bayaran kepada doctor untuk mempromosi dan
menggunakan ketiga-tiga ubat berkenaan.
No comments:
Post a Comment