BEBERAPA pokok ganja yang ditanam di
dalam pasu.
SAFED -
Syarikat Tikun Olam di Israel menanam sejumlah pokok ganja di sebuah lokasi
rahsia di atas bukit Galilee, utara negara ini yang dikawal rapi para pengawal bersenjata.
Pagar tinggi
dan kamera keselamatan dipasang bagi mengelak kawasan penanaman pokok ganja itu
dimasuki penceroboh.
Menurut para
penyelidik syarikat itu, pokok-pokok tersebut ditanam bagi tujuan perubatan
kerana ia boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
Ganja
merupakan dadah terlarang di negara ini.
Menurut
Kementerian Kesihatan Israel, penggunaannya untuk tujuan perubatan dibenarkan
buat kali pertama pada tahun 1993.
Pihak
kementerian itu menyatakan buat masa ini, ganja digunakan untuk merawat 9,000
orang yang menghidap kanser, Parkinson, tekanan, skelrosis dan penyakit usus. -
Reuters
No comments:
Post a Comment