DUA ekor kuda berlawan
semasa sambutan pesta Rapa Das Bestas di kampung Sabucedo, barat daya Sepanyol
kelmarin.
MADRID, Sepanyol - Beratus-ratus ekor kuda liar ditangkap,
dibersihkan dan bulu ekor haiwan tersebut dipotong dalam festival tradisional
dikenali sebagai Rapa Das Bestas.
Acara berkenaan yang jatuh pada hujung minggu pertama setiap
Julai, disambut oleh penduduk kampung di kawasan Galicia, barat daya Sepanyol.
Diraikan sejak lebih 400 tahun dahulu, Rapa Das Bestas atau
"menjinakkan haiwan liar" menyaksikan pemuda-pemuda menangkap dan
menjatuhkan kuda liar dengan tangan kosong.
PENDUDUK kampung
mengumpulkan kuda liar di kawasan berbukit di sekitar kampung Sabucedo pada
Jumaat lalu.
Mereka kemudian akan membersihkan kuda itu dan memotong bulu
haiwan tersebut.
Festival berkenaan yang menjadi tumpuan pelancong asing
berlangsung selama tiga hari. - REUTERS
No comments:
Post a Comment