HANYA pakar yang mampu membuang tahi telinga dengan selamat. |
AMALAN
mengorek telinga sama ada disebabkan tersumbat atau kotor sudah dianggap biasa.
Selalunya putik kapas akan digunakan tetapi dalam keadaan yang lebih ekstrem,
pin rambut dan pencungkil gigi turut dijadikan alat untuk mengorek keluar tahi
telinga.
Malangnya,
putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak membersihkan telinga bahkan berupaya
menyebabkan gangguan pendengaran.
Pensyarah
Kanan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan
Mohamad menjelaskan, saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut
halus di bahagian yang menghala ke luar dan bahagian tanpa rerambut yang
letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.
"Lilin
telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil
daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada
keseluruhan salur telinga.
"Majoriti
dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci
tetapi tanggapan itu salah," katanya.
Korek telinga
Tutur Irfan,
lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia dan
amaunnya amatlah sedikit.
"Tindakan
mengorek telinga hanya menyebabkan proses pencucian lilin telinga terganggu.
"Rerambut
halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk
'menyapu keluar' lilin telinga ini," ujarnya.
Dalam
keadaan biasa, kita akan terasa seperti ada debu-debu berhampiran dengan
kawasan cuping telinga.
Ia ialah lilin
telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh 'petugas' yang sentiasa
bekerja di dalam telinga kita.
"Apabila
tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga
terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.
"Sampai
ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar
jenis konduktif," terang Irfan.
Tersumbat
Irfan
memberitahu, ada kes yang melucukan seperti hujung putik kapas terlucut
daripada bahagian plastiknya dan tertinggal di dalam lubang telinga.
"Pengeluaran
kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik manakala putik
kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forsep," jelasnya.
Apabila
terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin
menghampiri gegendang telinga.
Gegendang
ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau
mekanikal.
Hasilnya,
seseorang mengalami masalah pendengaran.
"Kaedah
rawatan konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam
telinga dengan menggunakan picagari. Ini boleh dilakukan oleh mereka yang
terlatih sahaja.
"Lilin
telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan terkeluar mengikut arus
air tersebut," katanya.
Bagi
sesetengah kes pula, ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan
terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan selepas itu barulah lilin
termampat tadi mudah dikeluarkan.
"Apabila
lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran
seperti sediakala.
"Cuma
pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang,"
beritahu Irfan.
No comments:
Post a Comment