RAYMOND keluar dari sebuah mahkamah
di Hong Kong semalam.
HONG KONG -
Dua beradik bilionair yang merupakan pengerusi bersama firma hartanah Sun Hung
Kai Properties, Thomas dan Raymond Kwok didakwa semalam dalam kes rasuah yang
dianggap skandal terbesar di sini.
Bekas Ketua
Setiausaha Pentadbiran Hong Kong, Rafael Hui turut didakwa dalam kes itu.
Kes rasuah
itu melibatkan keluarga paling berpengaruh di Asia dan firma hartanah kedua
terbesar di dunia dengan modal pasaran bernilai AS$32 bilion (RM101.9 bilion).
Dakwaan itu
melibatkan pembayaran dan pinjaman lebih AS$4 juta (RM12.7 juta).
Dakwaan itu
berlaku sehari selepas agensi antirasuah Hong Kong, Suruhanjaya Bebas Menentang
Rasuah menangkap setiausaha pembangunan pulau ini kerana disyaki terlibat dalam
rasuah.
Dua individu
lain turut didakwa dalam kes rasuah tersebut.
Mereka
terdiri daripada Ahli Lembaga Sun Hung Kai, Thomas Chan dan bekas ketua pegawai
operasi Bursa Niaga Hadapan Hong Kong, Francis Kwan.
Kelima-lima
mereka dibebaskan dengan ikat jamin dan diarahkan tidak menghubungi senarai
saksi pendakwaan yang diberikan kepada mahkamah.
Kes tersebut
kemudian ditangguhkan sehingga 12 Oktober depan.
Lapan
dakwaan difailkan terhadap lima tertuduh itu.
Mereka
dihadapkan di hadapan seorang hakim.
Kelima-lima
mereka menyatakan memahami semua dakwaan tersebut.
Raymond
dalam satu kenyataan menyatakan beliau percaya tidak melakukan sebarang
kesalahan.
"Sistem
kehakiman Hong Kong amat adil. Saya akan melakukan yang terbaik untuk
mempertahankan diri saya berhubung tuduhan tersebut," katanya.
Thomas
enggan memberikan sebarang komen. - Reuters
No comments:
Post a Comment