TEROWONG yang ditemui di bandar San
Luis, Arizona.
LOS ANGELES
- Sebuah terowong untuk menyeludup dadah yang dilengkapi lampu dan ruang
pengaliran udara ditemui di bandar San Luis, Arizona Amerika Syarikat (AS) yang
bersempadan dengan Mexico, kata beberapa pegawai kelmarin.
Tiga orang
ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh agensi-agensi penguat kuasa
undang-undang AS.
Terowong itu
setinggi 1.8 meter dan menuju ke sempadan Mexico.
Laluan masuk
ke terowong itu ditemui di bawah tangki air di sebuah bilik stor di dalam
sebuah bangunan satu tingkat di San Luis.
Askar-askar
Mexico turut menemui sebuah lagi terowong dadah yang sedang dalam pembinaan di
bawah sinki di sebuah rumah gudang di Tijuana, 300 meter dari sempadan Arizona.
- AFP
No comments:
Post a Comment