GAMBAR menunjukkan bulan P5 (dalam
bulatan) bersama empat lagi bulan yang mengelilingi planet Pluto.
WASHINGTON -
Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang
mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas
Kebangsaan kelmarin.
Bulan itu
diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.
Ia mempunyai
diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer.
Ahli-ahli
astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas
Hubble.
Pada tahun
lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet
tersebut yang dikenali sebagai P4.
Bulan
terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.
Dua lagi
bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005.
Pluto diklasifikasikan
sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Planet itu
selebar 2,301 kilometer. - Agensi
No comments:
Post a Comment