JAKARTA -
Kerajaan Indonesia menetapkan 1 Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 21 Julai bagi
umat Islam di republik itu mula menjalani ibadah puasa.
Penetapan itu diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam ini setelah mengadakan majlis perbincangan dengan beberapa pertubuhan Islam Indonesia di Kementerian Agama, Jakarta.
Satu daripada pertubuhan Islam terbesar di Indonesia iaitu Muhammadiyah, yang lebih awal telah menetapkan pengikut mereka mula berpuasa mulai esok (Jumaat), tidak menghadiri majlis perbincangan itu.
Seperti pada tahun-tahun sebelum ini, perbezaan pendapat mengenai penetapan awal Ramadan oleh beberapa kumpulan Islam di Indonesia terus berlaku dan pada tahun ini ada beberapa kumpulan masyarakat Islam telahpun berpuasa mulai hari ini.- Bernama
No comments:
Post a Comment