Beberapa penduduk Jakarta menunjukkan
jari yang dicelup dakwat sebagai bukti telah menunaikan kewajipan mereka.
JAKARTA -
Suasana mengundi bertukar kecoh apabila seorang remaja berumur 15 tahun
membuang undi di salah sebuah pusat mengundi di Utara Jakarta sempena pilihan
raya Gabenor, semalam.
Pelajar gred sembilan, M Khadafi Muslim menyatakan dia menerima kad identiti pengundi dan surat jemputan selepas namanya terdapat di dalam senarai akhir pengundi.
"Saya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Saya turut disenaraikan sebagai pengundi yang lahir pada tahun 1993," katanya.
Mengikut undang-undang negara itu, individu yang layak mengundi harus berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.
Media melaporkan pegawai di pusat mengundi Tanah Merah tersebut enggan mengulas lanjut berhubung kekeliruan itu.
No comments:
Post a Comment