IMEJ oleh Muzium Media Nasional
menunjukkan filem pendek warna pertama di dunia yang ditayangkan di muzium
berkenaan di London.-AP
LONDON -
Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan
semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini.
Tayangan
tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem
warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang.
Filem kabur
tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir
peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib.
Namun pihak
Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi
digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut.
Filem yang
ditayangkan di Muzium Sains itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat.
Filem itu memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan
di sini dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat.
"Tiada
sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari
ini," kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey.
Filem itu
sedikit tersentak-sentak namun mempunyai kualiti yang baik.
Menurut
Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban
menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem
itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian. - AP
No comments:
Post a Comment