MOSCOW - Saintis Rusia mengenal pasti kira-kira 76 jenis
mikroorganisma angkasa lepas yang menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa
Lepas Antarabangsa (ISS), menurut agensi berita Interfax.
Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia, Anatoly Grigoryev
berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR)
dan kini ia mula menjejaskan sistem di ISS.
“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali
gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria
misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.
Menurutnya lagi, mereka masih tidak dapat memastikan sama ada
mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini
angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai
alternatif utama.
Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu
antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.
Difahamkan, walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga telah
diambil, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk
ke ISS menerusi kargo.
No comments:
Post a Comment