MIKROSKOP pengimbas menunjukkan sel darah manusia pada batu tajam yang dijadikan pisau.
BANDAR RAYA MEXICO - Beberapa batu tajam yang berusia 2,000
tahun didapati mempunyai sel darah dan cebisan tisu termasuk otot, kulit,
rambut serta tendon manusia.
Institut Sejarah dan Antropologi Mexico menyatakan penemuan
yang dibuat oleh para penyelidik itu menyokong dakwaan tentang amalan
penggunaan batu tersebut dalam upacara pengorbanan manusia.
Menurut institut itu kelmarin, ia menggunakan mikroskop
pengimbas semasa membuat penemuan tersebut.
Batu-batu itu ditemui di Cantona, negeri Puebla, Mexico.
Ia diserahkan kepada seorang penyelidik di institut tersebut,
Luisa Mainou oleh beberapa ahli antropologi selepas menemuinya dua tahun lalu.
Seorang profesor madya dalam bidang antropologi di Universiti
Florida, Susan Gillespie menyatakan batu-batu itu digunakan untuk memotong
daging manusia. - AGENSI
No comments:
Post a Comment