expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 6 May 2012

Graduan tertua terima ijazah




SYDNEY: Seorang pesara doktor gigi warga Australia berusia 97 tahun menerima ijazah sarjana Sains Klinikal semalam dan disifatkan Universiti Southern Cross sebagai graduan tertua di dunia. 


Allan Stewart yang dilahirkan pada 7 Mac 1915 adalah pemegang gelaran graduan tertua Rekod Dunia Guinness selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana undang-undang pada 2006 pada usia 91 tahun. Tidak dapat dipastikan sama ada ada individu lebih tua yang menjadi graduan sejak itu.



“Saya rasa saya boleh menggantung topi siswazah dan jubah akademik selepas ini - walaupun saya berkata demikian selepas mendapat ijazah terakhir dan kemudian saya rasa bosan,” kata Stewart dari Port Stephens di utara Sydney selepas majlis konvokesyennya.


“Saya punya banyak masa terluang kini dan saya suka pemikiran saya terus aktif,” katanya.



Sarjana Sains Klinikal itu adalah ijazah keempat datuk itu yang mula belajar di universiti pada 1930 dengan ijazah pergigian. Selepas karier yang panjang sebagai doktor gigi, di mana dia menjadi doktor bedah pergigian selepas menamatkan pengajian keduanya, Stewart memutuskan untuk belajar udang-undang pada usia 80-an bagi membantu fikirannya kekal aktif. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com