BLACK merakamkan gambar tulang rangka seekor haiwan sebesar biri-biri yang ditemui di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland.
SYDNEY - Australia pernah mempunyai haiwan yang sebesar
biri-biri dan tinggal di dahan pokok kira-kira 15 juta tahun lalu, kata seorang
ahli paleontologi, Karen Black semalam.
Black berkata, anggota-anggota penyelidikannya telah menemui
fosil haiwan itu di Tapak Warisan Dunia Riversleigh di Queensland.
Kerja-kerja untuk mencari fosil itu telah dilakukan sejak
tahun 1993.
Beliau berkata, haiwan itu seberat 70 kilogram dan mempunyai
pertalian dengan wombat yang merupakan haiwan seperti beruang.
Black menyatakan ia mungkin haiwan memanjat pokok yang
terbesar pernah wujud ketika itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment