SAN FRANCISCO: Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang
paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook
diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.
Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai
lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai
Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia
Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan
Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.
Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan
mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.
Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.
Pelabur dijangka berebut untuk mendapatkan saham itu, walaupun sebahagian mereka menyuarakan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang rangkaian sosial berkenaan Sambutan terhadap saham Facebook dijangka tinggi bukan setakat kerana jumlah wang yang akan dihasilkan tetapi ia sendiri adalah amat popular.
Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di
seluruh dunia. - DM
No comments:
Post a Comment