SEBUAH kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang di wilayah Hubei dilengkapi dengan sejumlah tiub asid amino.
BEIJING - Pelajar-pelajar di China sanggup menggunakan
suntikan asid amino sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan memasuki
kolej, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa gambar yang tersebar di laman web menunjukkan
terdapat tiub-tiub asid itu digantung di dalam kelas di Sekolah Tinggi Xiaogang
di wilayah Hubei.
Menurut akhbar China Daily, seorang pegawai sekolah, Gao
Pingqiang berkata, suntikan asid itu popular dalam kalangan pelajar kerana ia
tidak mendatangkan kesan berbahaya terhadap kesihatan.
"Pihak sekolah tidak akan menghentikan suntikan itu.
Kami akan terus memberinya jika pelajar mahukannya," kata kata Pingqiang.
Seorang lagi pegawai sekolah memberitahu, asid amino mampu
memperbaiki fizikal pelajar dan meningkatkan tenaga mereka. - AFP
No comments:
Post a Comment