TEBING GAZA
- Sebahagian besar tanah pertanian di Genting Gaza terjejas kerana kurangnya
sistem pengairan sempurna dan bekalan elektrik, sekali gus membawa kepada
krisis bahan bakar terhadap para petani.
Krisis berlanjutan selama tiga bulan itu, menyebabkan petani hanya mampu melihat ladang-ladang mengering, berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan sumber air untuk tanaman.
Bandar utara
Beit Lahiya yang cukup kaya dengan sumber air, terkenal dengan produk buah
strawberinya sehingga dieksport ke luar negara, turut terjejas di mana
petaninya tidak dapat berbuat apa-apa selain memandang ladang buah-buahan
mereka mengering begitu sahaja.
“Kami tidak
mampu mengepam air dari lubang-lubang bor, namun tidak berdaya melihat tanaman
kami musnah di depan mata sambil menunggu bekalan elektrik atau bahan api yang
tetap tiba,” kata petani, Nabil Ghaben yang terpaksa menanggung kerugian akibat
krisis tenaga itu.
No comments:
Post a Comment