TOKYO - Menara penyiaran paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree yang setinggi 634 meter di sini mula dibuka kepada orang ramai semalam.
Berpuluh-puluh ribu orang beratur untuk memasuki menara itu
semasa hujan.
Kompleks beli-belah dan taman hiburan yang terletak
bersebelahan dengan menara itu turut sama dibuka.
Namun, mereka yang berada di dek pemerhati pada ketinggian
350 meter di menara tersebut kecewa kerana tidak dapat melihat pemandangan yang
menakjubkan ekoran cuaca mendung.
"Saya sudah lama berhasrat untuk berkunjung ke menara
itu," kata seorang wanita, Ayumi Nakazawa yang memenangi tiket ke majlis
pembukaan bangunan tersebut.
Tokyo Sky Tree merupakan struktur kedua tertinggi di dunia
selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai yang memiliki ketinggian 828 meter. -
AFP
No comments:
Post a Comment