Menurut cerita orang-orang tua, puteri santubung dan puteri
senjinjang merupakan dua orang puteri yang turun dari kayangan.puteri santubung
suka menenun kain manakala puteri sejinjang pula menjaga kawasan pertanian. Mereka
berjanji tidak akan bergaduh. Malangnya pada suatu hari, puteri santubung
berasa amat cemburu akan puteri sejinjang yang mencintai putera Serapi kekasih
puteri santubung. Sifat cemburu itu menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan itu
berakhir dengan kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi gunung. Sumpahan
ini berlaku kerana mereka telah melanggar janji. Orang Sarawak menceritakan
kisah kedua-dua orang puteri itu dalam lagu “puteri santubung puteri sejinjang”:-
Puteri santubung puteri sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis tiada dapat dilawan
Anaklah dewa dari kayangan
Suatu hari mereka kelahi
Sebab cemburu di dalam hati
Terlupa pada segala janji
Rela bertarung sehingga mati
Kisah santubung kisah sejinjang
Asal berkawan jadi musuhan
Kini tinggal jadi kenangan
Untuk ingatan sepanjang zaman
Ooo……santubung puteri
Bertenun kain…..malam
Ooo…..sejinjang puteri
Menumbuk padi…..siang
No comments:
Post a Comment