BEIJING:
Kereta yang direka Victoria Beckham dipamerkan semalam dengan harga jualan tiga
kali ganda berbanding model biasa.
Hanya 200
Range Rover Victoria Beckham Edisi Khas Evoque akan dikeluarkan dan ia dijual
pada harga 79,995 (RM400,000) sebuah.
Victoria yang dulu lebih dikenali sebagai Posh Spice, bergambar bersama kereta mewah itu pada pameran kenderaan di Beijing, China dan berkata, dia mereka kenderaan itu dengan membayangkan suami, David Beckham.
Kereta itu
mempunyai rim aloi hitam 20 inci, gril sekeliling berwarna emas dan tempat
duduk kulit berwarna perang. Ia juga dilengkapi empat set bagasi yang direka
oleh Victoria.
Victoria berkata: “Saya mahu mereka sebuah kereta yang David dan saya ingin memandu. Saya mahu sesiapa yang berada di dalamnya merasakan diri mereka istimewa.” - DM
No comments:
Post a Comment