GAMBAR fail menunjukkan Sassoon membantu mendandan rambut seorang model di Shanghai, China pada 9 September 1997.
LOS ANGELES - Pendandan rambut terkenal dunia, Vidal Sassoon
meninggal dunia kelmarin semasa dia berusia 84 tahun selepas 'bertarung' dengan
penyakit leukimia, kata keluarganya.
Sassoon meninggal dunia di rumahnya di Bel Air, California,
Amerika Syarikat.
Beberapa anggota keluarganya berada bersamanya semasa dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seorang jurucakap polis, Kevin Maiberger berkata,
anggota-anggota polis yang tiba di rumahnya selepas dihubungi mendapati dia
telah meninggal dunia.
Salah satu gaya rambut yang diciptanya untuk wanita dan
terkenal di seluruh dunia ialah gaya potongan pendek.
Sassoon juga terkenal kerana mencipta gaya rambut yang mudah
untuk dibersihkan dengan air.
Dia dilahirkan di London pada 17 Januari 1928 dan merupakan
anak seorang jurujual permaidani berketurunan Yahudi.
Bapa Sassoon meninggalkan keluarganya untuk bersama dengan
wanita lain semasa dia berusia lapan tahun.
Semasa berusia 14 tahun, dia berhenti sekolah dan bapa
tirinya bersetuju untuk membiayai pembelajarannya sebagai perantis pendandan
rambut.
Sassoon membuka salun pertamanya di London pada tahun 1954.
Kerjayanya meningkat pada tahun 1960-an apabila para
pelanggannya terdiri daripada pelakon filem terkenal antaranya Mia Farrow dan
Glenda Jackson.
Sassoon meninggalkan isterinya, Rhonda dan tiga orang anak
hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Dia pernah berkahwin sebanyak empat kali.
Sassoon merupakan peminat kelab bola sepak Chelsea. - Agensi
No comments:
Post a Comment