SHAH ALAM -
Kira-kira 47 peratus daripada pekerja muda mengalami masalah hutang yang
serius, demikian menurut satu kajian kendalian pertubuhan bukan kerajaan
kepenggunaan, Pusat Kajian dan Sumber Pengguna (CRRC).
Penemuan pusat itu juga menunjukkan bahawa bayaran bulanan hutang pekerja-pekerja muda 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar.
Malah menurut CRRC, kajian mereka juga menunjukkan seramai 37 peratus mengakui bahawa mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, CRRC menambah, seramai 15 peratus pekerja muda tidak mempunyai simpanan langsung.
"Bagi yang mempunyai simpanan, sekiranya mereka berhenti bekerja (atas beberapa sebab tertentu), secara purata hanya mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan selama empat bulan," tambah pusat itu yang mengendalikan kajian berkenaan dengan perilaku dan sikap pekerja muda.
Secara purata, katanya, pembelian menggunakan kad kredit adalah RM702 sebulan.
Menyenaraikan penemuan-penemuan lain, CRRC berkata, seramai 37 peratus tidak pernah terfikir tentang persediaan untuk persaraan.
"Bagi yang pernah memikirkan tentang persediaan untuk persaraan, 60 peratus tidak begitu berpuas hati dengan persediaan mereka," katanya lagi.
Malah kajian pusat itu juga menunjukkan bahawa 43 peratus memberikan kurang mempunyai pengetahuan kewangan.
"Secara amnya, pekerja muda memberikan skor yang rendah untuk tahap pengurusan kewangan diri mereka sendiri. (skor purata 2.75 pada skala 1 hingga 4 di mana 4 ialah pengetahuan pengurusan kewangan yang lemah)," kata CRRC lagi.
Kaji ini dijalankan bagi pihak Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia.
No comments:
Post a Comment